SELAMAT DATANG....

SELAMAT DATANG....

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

09 August 2012



MINGGU 8 :
PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN PENGAJARAN SECARA ATAS TALIAN MERUPAKAN PENGAJARAN YANG DIAJAR YANG MENGGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET
Pengenalan
·                Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet .
·                Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
·                Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.
·         i) Dapat mengakses bahan dengan cepat
·         (ii) Kepelbagaian bahan di internet
·         (iii) Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan.
·         Bahan yang boleh didapati daripada internet sepanjang proses P&P atas talian ialah:

§  PERMAINAN
§  AUDIO/LAGU
§  PDF
§  VIDEO
§  GAMBAR
§  TAKS ATAU DOKUMEN

MINGGU 9 :
 Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
Pengenalan
·                Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.
Prosedur pengeditan
·                Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.
Prinsip pengeditan bahan atas talian
i. Bahan yang digunakan bersesuaian
ii. Tidak melanggar terma dan syarat perisian
iii. Bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran

No comments:

Post a Comment