SELAMAT DATANG....

SELAMAT DATANG....

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

09 August 2012


BMM 3105 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
1.Menggunakan web,video,audio dan imej
Terdapat  beberapa  pembekal  maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dll.Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan. Kesemua  pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio,video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web Search.

Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendakdiperolehi daripada internet
Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.

Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.

Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube downloader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus :

Taipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari.

Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.

Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan ´resepi + ´masakan. Ini menjadikan pilihan andamenjadi terlalu banyak.

Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda  ´ seperti ´resepi masakan. Dengan berbuat begini,anda akan mengurangkan penyenaraian anda.

Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.

Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran
Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui RancanganTahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

PENYIMPANAN BAHAN
A) Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawa:

1.Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

2.Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah:

Alamat Internet
Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.



Menambah Nilai Buku
 Katalog Alamat Internet.
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yangdisertakan.

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
URL
Sinopsis

Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.

Katalog Alamat Internet
Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa


Tajuk
Seni Tenun Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.

Tajuk
Tatabahasa Kata Nama
URL
Sinopsis
Laman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama.

Sumber: 

Minggu 2:
Menggunakan Internet , Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Apakah Enjin Pencari?
Enjin pencari maklumat adalah nama umum bagi program yang digunakan untuk mencari sesuatu maklumat. Namun begitu, ia sering digunakan bagi merujuk kepada lokasi atau pelayan www yang memberikan perkhidmatan mencari maklumat. Berbeza dari Archie, Veronica dan Jughead, enjin pencari maklumat yang diperoleh melalui www boleh mencari maklumat yang terdapat dalam www, ruangan Gopher, pelayan FTP Tanpa Nama dan kumpulan berita USENET.
Secara amnya setiap enjin pencari maklumat mempunyai satu pengkalan maklumat yang dibina dengan meninjau seberapa banyak pelayan Internet. Ini dilakukan ketika rangkaian tidak sibuk seperti pada awal pagi atau dibuat secara berperingkat-peringkat. Ini bagi menghormati etika penggunaan Internet.
Tujuan dan Jenis Enjin Pencari
      Tujuan (konteks pendidikan)
       Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
      Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.
      Jenis ‘enjin pencari’
      www.google.com
      www.yahoo.com
Cara Mengkategorikan Maklumat:
· Video
· Gambar
· Ruangan
· Lagu
· Multi
· Permainan
· Perniagaan
Bagaimana mendapat maklumat di internet
1.          Mengenalpasti tajuk.
2.          Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
3.          Memilih enjin pencarian yang tepat.
4.          Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai.
 (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
5.          Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.
Definisi Video
Format file yang biasa dan sedia ada bagi video ialah MPG, AVI dan MOV

MPG
Bermaksud Motion Pictures Expert Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan
VCD.

AVI
(Audio Video Interleave ) Bermaksud Video for Windows.Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun 1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital.

MOV
Merupakan format video untuk perisian Quick time. Telah dibangunkan oleh Apple Computer Company. Format file video yang lain juga adalah seperti MP4, 3GP, WMV, FLV dan SWF
Definisi Audio
Audio atau bunyi-bunyian teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik atau suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaiakn maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Membantu juga meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format) format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.
MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3) Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.
MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface) Format yang boleh diterima pakai di seluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.
SND/Sound Format fail yang telah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.
WAVE/ WAV Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
SUN AUDIO/ AU Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem. Merupakan format audio 16 bit.
MPEG (Moving Picture Experts Group) Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment