MINGGU 11:
PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO
PENGENALAN
Pengajaran bahasa Melayu Secara sidang video merupakan
salah satu pengajaran yang membantu P&P bahasa. Melayu selain menggunakan
paparan media seperti audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam
kelas. Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan sidang video ini iaitu:
·
Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens
video ) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan
orang di antara dua atau lebih lokasi
berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara
serentak.
·
Sidang video juga telah dirujuk sebagai
kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
·
Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada
suatu persidangan dan bukan individu.
·
Telesidang video ini juga amat sesuai bagi
melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan
seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan,
persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling
Jenis persidangan video
A.Banyak ke banyak
B.Satu ke banyak
C.Satu ke Satu
Konferensi Secara Atas Alian
Menurut kamus dewan bahasa keempat, koferensi bermaksud
pertemuan formal untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain
itu juga ia merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, terutamanya di
kalangan pihak-pihak yang mempunyai minat dan kepentingan bersama. Koferensi
selalunya berlaku di atas talian iaitu menggunakan internet.
Transmisi sidang video
Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat
iaitu:
(i) Cekup (capture)
- Kamera video digital menangkap
imej dan mikrofon merakam bunyi audio
- Kamera menukar video ke dala
format digital dan dihantar kepada perisian siding video yang kemudiannya
dimampatkan.
(ii) Mampat
- Perisian sidang video akan
dimampatkan ke dalam bentuk digital.
- Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem
(iii) Siar
- Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan
melalui talian telefon yang biasa.
- Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan
dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.
Mengadakan Sidang Video
Untuk Mengajarkan Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca Dan Menulis.
(i) Sidang video menggunakan perisian
skype:
(ii) Sidang Video Menggunakan Yahoo
Messenger
Sidang video menggunakan YM ini mempunyai sedikit
kelainan dengan skype.
No comments:
Post a Comment