NOTA
HUBUNGAN ETNIK
Analisis kepentingan perpaduan dan
integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
Kepentingan
perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastikan
pembangunan dan perpaduan di negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. 3
elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya dan
keselamatan. Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di
Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik
untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik
di negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi
tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat negara
ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya
perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan
antara kaum yang boleh menggugat ekonomi negara. Seterusnya, menghapuskan
penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk
menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya.
Seperti pada zaman sebelum era kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah
merupakan kaum Cina yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar.
Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang
buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi negara kita masih dipegang oleh kaum
Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga
boleh memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam
bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina
menguasai ekonomi Negara kita. Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia
dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang.
Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara dalam perkembangan
ekonomi negara. Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini kemungkinan besar negara
kita tidak akan membangun dengan pesat seperti ini.
Selain
kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan yang sangat
penting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus
dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup
bersama dalam masyarakat majmuk. Antara kepentingan perpaduan dalam aspek
budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam negara. Seperti yang kita
ketahui, negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan
masyarakat di negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan
adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan
sesama etnik di negara kita. Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat
mantap ini, ia akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya
melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan
harmoni. Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap
pentingkan kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti
mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam
apa juga aktiviti. Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima
kehadiran etnik kaum lain dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi
bantuan sekiranya mereka dalam kesusahan. Perbuatan ini sama sekali tidak
relevan lagi pada masa kini kerana masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan
harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada perbezaan budaya kerana semua
etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan perpaduan dari
segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza
dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di
Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia
supaya benar-benar memahami budaya masyarakat negara ini. Dengan itu, kita
semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara kaum di Negara kita dan
dapat mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.
Di
samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah
dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara kita pada masa sekarang dan akan
datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini
seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. kesan
daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati
dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan
etnik di Negara kita adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun
pergaduhan yang melibatkan kaum berlaku lagi di negara kita untuk mengelakkan
daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Selain itu, keharmonian ini
juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan
sanggup berkorban untuk negara kita Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini
mestilah wujud dalam diri setiap kumpulan etnik di negara kita bagi memastikan
kesemua golongan etnik ini mempertahankan keselamatan negara. akhir sekali,
perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini akan dapat mengukuhkan lagi
keselamatan negara daripada luar dan dalam negara. Negara kita haruslah
dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan
dan pertumpahan darah bagi memastikan negara kita akan terus membangun dan
berjaya mencapai wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan negara kita Malaysia.
HASILKAN CARTA GARIS MASA TENTANG
PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU
Pengenalan
1.Pluralisme:
ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam
masyarakat
2.Pluraliti:
wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara
semulajadi – masyarakat Melaka
3.Pluralistik:
wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara
dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan – era
penjajah British
Garis Masa
Zaman Sebelum Singapura(Sebelum 1399
/ 1400M)
Sang Nila Utama ke Temasik lalu
membuka Singapura
Zaman Singapura dan Pasai/Samudera(Sebelum
1399/1400M)
- Sang
Nila Utama (bergelar Sri Tri Buana), Raja Singapura yang pertama
- Manusia
berpindah untuk memenuhi keperluan hidup dan pelbagai tujuan lain
- Masyarakat
yang menetap di Kepulauan Melayu berpindah dari satu pulau ke satu
pulau lain atau ke tanah besar untuk mencari rezeki, berniaga, berperang,
berkahwin dsb seterusnya menjalin hubungan etnik yang baik dengan komuniti
pedagang dan bukan pedagang
Zaman Melaka(1399/1400M – 1511M)
- Melaka
muncul sebagai empayar yang kuat dan telah mewarisi tradisi sosio politik yang
dimainkan oleh Srivijaya dan Majapahit
- Mempunyai
sebuah pelabuhan entrepot yang maju dan memainkan peranan penting sebagai
pusat penyebaran agama Islam yang penting
Zaman Melaka (1399/1400M – 1511M)
- Negeri
Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran agama Islam yang
termasyhur di rantau Alam Melayu
- Institusi
istana telah dijadikan pusat pengajian dan penyebaran Islam
- Penyebaran
agama Islam telah dijalankan secara giat melalui perdagangan dan peluasan
wilayah
- Para
pendakwah dihantar ke negeri-negeri jajahan Melaka untuk menyebarkan Islam
- Hubungan
etnik telah diwujudkan dengan masyarakat China, India, Arab dan Eropah melalui
aktiviti perdagangan
Zaman Melaka(1399/1400M – 1511M)
1.Perhubungan
rapat antara masyarakat asing dan penduduk tempatan sehingga mewujudkan proses
asimilasi antara kehidupan kedua-dua masyarakat.
2.Proses
asimilasi (perdagangan dan perkahwinan) serta penyerapan budaya masyarakat
tempatan sangat penting untuk membentuk satu kelompok baharu yang mempunyai
kebudayaan dan identiti yang sama.
Zaman Johor
(1511M – 1612M)
(1511M – 1612M)
- Peranan
kerajaan Johor dimulakan selepas kejatuhan Melaka
- Peranan yang dimainkan oleh kerajaan Johor adalah
kesinambungan daripada pemerintahan kerajaan Melaka
Kesan Pembentukan Masyarakat
Pluralistik Alam Melayu
- Bahasa,
kesusasteraan dan kesenian
- Pendidikan
- Budaya
ANALISIS FAKTOR – FAKTOR SEJARAH
YANG TELAH MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970.
Perpaduan
dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja
dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersamasecara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruhmasyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.
Integrasi
dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat
tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan
pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh
norma dan nilai murnimasyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan
bersama secara adil dan saksama.
MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
Perpaduan
rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan
adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020yang
berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang
serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara
kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan”
Cabaran
ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal
dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,
kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama
meletakkan kesetiaan merekakepada negara’. Cabaran ini berkait pula dengan
cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkanmasyarakat berbudi dan berbudaya
penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkanmasyarakat daripada diri
sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.
HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI
Terdapat beberapa faktor sejarah
yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia.
Di antaranya ialah;
- Agama dan kebudayaan: Setiap
kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula
mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza.
Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka
sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang
pergaulan baik antara pelbagai kaum.
- Dasar Penjajah British: Penjajah
British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan
etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja
menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi
antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh
antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.
- Sistem pendidikan, persekolahan
dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem
pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar
menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing- masing.
Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara
nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan
ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang
berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di
samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa
mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.
- Amalan ekonomi yang berlainan:
Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan
yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang
dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis
dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.
- Perbezaan politik mengikut bangsa,
kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan
bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan
dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanyamemperjuangkan
hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik
yangberasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti
bahasa, budaya,ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah
perpaduan.
- Pendudukan Jepun: Kemasukan
tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang
Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari
orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera
Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan
persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat
Melayu dan Cina.
1. ANALISIS PERKEMBANGAN MODENISASI
DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA
2. HURAIKAN HUBUNG KAIT PEMBANGUNAN
EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK
DI
MALAYSIA.
KONSEP MODENISASI
-Proses
transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.
-Perubahan
dapat berlangsung scara berencana atau secara tidak berencana.
- Perubahan
berencana ialah suatu proses yang mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan
ukuran pencapaian sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan.
MODENISASI EROPAH
-Konsep
dan proses modenisasi yang kita kenal memang bermula di Eropah Barat akibat
daripada dua revolusi besar, iaitu:
a) Revolusi
Perancis (mengubah sistem politik feudal Eropah Barat)
b) Revolusi
Perindustrian (mengubah sistem ekonomi Eropah Barat)
-Persoalan
modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut:
a) Sudut
falsafah – pemahaman tentang kemajuan atau evolusi.
Sudut praktikal – kemajuan sains dan teknologi
SUDUT FALSAFAH
TEORI EVOLUSI
-Terdapat
semacam ketentuan atau arah yang bersifat sehala dalam perkembangan kebudayaan
manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu.
- Masyarakat
dikenali diberi tempat dalam suatu skala tahap perkembangan, tidak bertamadun
sehingga kepada yang moden.
SUDUT PRAKTIKAL
- Kemajuan
sains dan teknologi yang mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam
sekitar.
- Masyarakat
di Eropah Barat mencari cara untuk menguasai alam sekitar dan berusaha
mengumpul kekayaan.
- Penggantian
teknik produksi daripada cara-cara tradisional yang menggunakan tenaga haiwan
kepada cara-cara moden yang menggunakan jentera.
MATLAMAT MODENISASI EROPAH BARAT
- Mengejar
kehidupan yang lebih maju dan moden.
- Dicapai
dengan cara meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat melaksanakan
industrialisasi.
MODENISASI LUAR EROPAH
- Dua
proses dijalankan untuk mencontohi pembangunan ekonomi dan politik di Eropah Barat,
iaitu:
a) Pemodenan
b) Pembaratan
Pemodenan
-
Proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan,
pelaksanaan dan penilaian.
Pembaratan
-
Proses peniruan gaya hidup Eropah
Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.
-
Negara Eropah Barat menjadi model
pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara.
-
Aspek ekonomi dan aspek politik
ditirui oleh negara-negara yang menjalankan proses kemerdekaan.
-
Dalam aspek politik, model negara
bangsa dan demokrasi politik dipilih.
-
Dalam aspek ekonomi, sistem ekonomi
yang berasakan kapitalisme, industri dan teknologi dipilih.
MODENISASI DI MALAYSIA
-
Malaysia mencontohi jejak langkah
pengalaman modenisasi di Eropah Barat.
-
Bagi mencapai matlamat pembangunan
ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat perindustrian, Malaysia telah
menumpukan kepada peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan
industri gantian-import.
-
Pembangunan ekonomi diasaskan kepada
pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada
industri berorientasikan eksport.
-
Selain itu, pembangunan ekonomi
berteraskan k-ekonomi diberi perhatian oleh Malaysia.
-
Malaysia berusaha membinan satu
negara dan satu bangsa yang aman dan makmur supaya politik dijaga.
Perkembangan modenisasi dari segi
pembangunan ekonomi di luar negara dan Malaysia.
MODENISASI EROPAH
- Revolusi
Perancis
Revolusi Perancis merupakan satu
tempoh peralihan politik dan sosial dalam
sejarah Perancis, daripada struktur kerajaan Perancis yang
bermonarki mutlak dengan sistem feudal yang memberikan keistimawaan
bagi golongan autokrat dan paderi Katolik, menjadi bentuk yang berasaskan
prinsip Kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan dan hak rakyat.
- Revolusi
Perindustrian
Revolusi Industri ialah perubahan yang cepat di
bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria ke ekonomi
industri yang menggunakan mesin dalam mengolah bahan mentah menjadi
bahan siap pakai. Revolusi Industri telah mengubah cara kerja
manusia dari penggunaan tangan menjadi menggunakan mesin.
MATLAMAT
Mengejar kehidupan yang maju dan
moden dengan cara meningkat sains dan
teknologi sehingga dapat
melaksanakan industrialisasi.
Penjajahan dilaksanakan untuk
memastikan perlanjutan,
- Bahan
mentah
- Tenaga
buruh
- Pasaran
a) Pedagang
dan penjajah Eropah barat membawa barang seperti pakaian dan peralatan
pertanian untuk ditukar dengan komoditi seperti emas,rempah,timah dan hamba
abdi dari Afrika.
b) Eropah
berperanan memproses bahan mentah menjadi barangan industri,bahan makanan dan
pakaian dan dijual kepada masyarakat Eropah dan negara lain.
PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA
Matlamat
Mewujudkan masyarakat perindustrian.
Proses modenisasi diasaskan sejak
pemerintahan kolonial Bristish.
Peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada:
1. Peningkatan infrastruktur ekonomi.
2. Pembangunan pertanian & industri
gantian- import.
Akhir 1960-1970
Pembangunan teknologi
1980-1990
Menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang
lebih maju dan dasar penswastaan.
Pembangunan ekonomi
- Urbanisasi
- Teknologi
- Pertanian
- Industrialisasi
EKONOMI MALAYSIA
-
Dari ekonomi sara diri kepada
ekonomi komersial.
-
Modal tempatan dari saudagar Negeri
Selat dan modal asing dibawa masuk oleh Bristish.
-
Perkembangan ekonomi dunia
memerlukan bahan mentah.
-
Kedudukan Tanah Melayu yang kaya
dengan bahan mentah dan menyebabkan pembukaan lombong bijih timah dan ladang
getah.
-
Buruh dibawa masuk.
-
Kemajuan pengangkutan dan
perhubungan serta kemudahan bekalan air dan eletrik
Hubungan Etnik dalam Konteks
Modenisasi Malaysia.
-
Pembangunan ekonomi sangat penting
dalam konteks modenisasi Malaysia.
-
Pembangunan menjadi landasan
pembinaan negara bangsa.
SINTESIS PROSES PEMBENTUKAN
PEMBANGUNAN EKONOMI MENGIKUT ACUAN MALAYSIA
- Ekonomi
Malaysia terbentuk dengan ciri – ciri uniknya dengan pengalamannya dijajah
kolonial Inggeris. Contohnya pembangunan ekonomi dalam sektor getah dan kelapa
sawit.
- Pembinaan
rangkaian infrastruktur sebagai sokongan kepada industri asas.
- Tenga
buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut
hubungan etnik.
- Terdapat
dua ciri utama iaitu:-
a) Aspek
ekonomi
b) Ciri
etnik
- Mempelbagaikan
asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada
hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang
pembuatan, tekstil, dan getah.
- Pada
peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur
ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.
- Pada
akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi
dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan
eksport.
- Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi perhatian kepada
pembangunan ekonomi berteraskan K- ekonomi.
- Secara
keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan
yang dapat diukur dengan kadar Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK)
yang baik iaitu sekitar 8% - 9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an.
- Ukuran
pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK
tetapi juga dengan peningkatan indeks kualiti hidup.
- Kualiti
rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan
kadar inflasi yang rendah.
Dalam konteks ini, hubungan ekonomi
dan entisiti di Malaysia sememangnya berkait rapat.
- Ini
menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara
kaum.
- Oleh
itu, integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar – dasar
pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dan
lain – lain.
- Ini
bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat
dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan
dihapuskan.
HASILKAN ANALISIS PEMBANGUNAN LIMA
TAHUN SELEPAS 1970
Perancangan Pembangunan 5 tahun.
- Agenda
pembangunan negara yang mempunyai falsafah tertentu,objektif,matlamat, fokus,
program – program dan strategi – strategi perlaksanaan.
- Fokus:
pembangunan luar Bandar dan meluaskan kawasan pertanian.
- Draf
Devolepment Plan Of Malaya ( 1950 – 1955 )
a) Asas
tradisi perancangan moden
Rancangan Malaya Pertama (1956
– 1960 ) – ke arah pemerintahan sendiri ( PU
1955, Kemerdekaan 31 Ogos 1957 )
Rancangan Malaya Kedua (1961 – 1965) – penerusan dasar oleh pemimpin tempatan.
Rancangan Malaysia Pertama (1966 –
1970) – lebih agresif, meliputi
pendidikan, bahasa dan budaya. – fokus utama adalah untuk memajukan masyarakat
desa yang miskin. – konfrontasi Malaysia, Indonesia, Peristiwa 13 Mei. Beri
tumpuan kepada perindustrian gentian – import. Menubuhkan FELDA, FELCRA, MARDI,
MIDA
Rancangan Malaysia Kedua (1971 –
1975) – DEB 1971 – 1990.
Menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi antara sektor dan
kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika ini terdapat
peralihan dari industri gentian – import kepada industri berorientasikan
eksport. Selain DEB, antara lain yang ditubuhkan ialah KEJORA, DARA, PERNAS,
UDA, RISDA, LPP
Rancangan Malaysia Ketiga (1976 –
1980) menyelesaikan masalah ekonomi
antara sektor dan etnik. Melanjutkan dasar industry yang dirangka pada RMK2.
DEB masih berjalan seperti biasa. KETENGAH dan KESEDAR ditubuhkan.
Rancangan Malaysia Keempat ( 1981 –
1985),
Rancangan Malaysia Kelima ( 1986 –
1990),
Rancangan Malaysia Keenam ( 1991 –
1995) RMK4,5,6 menitikberatkan
teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. 1979, PNB ditubuhkan untuk
uruskan pelaburan Skim Amanah Saham Nasional ( yang diperkenalkan pada tahun
1981)
Rancangan Malaysia Ketujuh ( 1996 –
2000) ,
Rancangan Malaysia Kelapan ( 2001 –
2005 ) RMK7 dan RMK8 berikan
perhatian kepada industri berasaskan K-ekonomi
Rancangan Malaysia Kesembilan ( 2006
– 2010) Modal Insan dan Hadhari
Dasar – dasar awam : Pertanian ,
Perindustrian dan K- ekonomi
- 1990an
adalah perhatian kepada sektor perindustrian
a) Dasar
perindustrian berat
b) Dasar
penswastaan
- Meskipun
pembangunan ekonomi sudah berubah kepada perindustrian 1960an dan 1970an tetapi
tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan.
- Sesuai
dengan dasar pembangunan pertanian beberapa badan yang bertanggungjawab untuk
memajukan sector pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar Bandar telah
diwujudkan sepertia FELDA, FELCRA dan MARA.
- 1980an
dan 1990an, sector perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar
telah digubal seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan.
- Sesuai
dengan perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi telah disusun
untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan pembangunan ekonomi
yang berteraskan teknologi ICT dan K-ekonomi.
HASILKAN PROSES PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN
-
1 April 1946 ( pembentukan Malayan
Union)
-
British Military
Administration (BMA) telah dibubarkan pada bulan Mac 1945.
-
Diikuti dengan pembentukan
Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946.
-
Terbentuk hasil dari
Perjanjian Mac Michael pada tahun 1945.
-
Perjanjian ini memberi peruntukan
kepada British bagi mentadbir Tanah Melayu dalam perintah-dalam-Majlis
berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree) bertarikh 23 Mac 1946.
-
Semua peristiwa yang berlaku ini
dipanggil sebagai Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu 1946.
-
Bagaimanapun, perlembagaan dan
perjanjian ini mendapat tentangan yang kuat dari raja-raja Melayu dan Rakyat
Tanah Melayu.
1 Febuari 1948 ( Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu )
-
Perjanjian ini dikenali sebagai
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
-
Hasil dari perjanjian ini satu
perlembagaan baru telah digubal dan berkuat kuasa pada 1 Februari 1948 =
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948.
-
Mengikut perjanjian ini, Kerajaan
Pusat akan mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis
Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.
-
Majlis Perundangan (Legislative
Council) mempunyai anggota
rasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi akan dipilih.
rasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi akan dipilih.
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
(CLC) – 1949
-
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
(1949) terdiri daripada pelbagai hubungan etnik telah berusaha menyelesaikan
masalah perlembagaan, politik dan ekonomi.
-
Ia wujud kerana permintaan yang
berlainan daripada pelbagai etnik.
-
CLC ditubuhkan secara tidak rasmi
untuk membincangkan isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang
Melayu serta dasar pendidikan.
-
Melalui CLC ini pemimpin dari
pelbagai golongan etnik
berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud
berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud
-
tokoh yang menganggotai jawatankuasa
ini ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lok,
C.C. Tan, Dr. J. S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham.
-
Kebanyakan cadangan CLC telah
dimasukan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan.
Perlembagaan Kemerdekaan 1957
-
Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu, United kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura
telah menandatangani Perjanjian Malaysia Borneo Utara, Sarawak dan Singapura
akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada,
dan persekutuan ini dinamakan Malaysia.
-
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu
telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara 1(1) dan Perkara (2)
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
-
Akta ini berkuatkuasa pada 16
September 1963.
-
Pada masa yang sama juga Queen Great
Britain melepaskan bidang kuasa baginda di Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.
-
Maka dengan ini wujudlah Persekutuan
Malaysia yang merdeka dan berdaulat dengan mempunyai perlembagaannya sendiri.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
-
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
telah diisytiharkan pada 16 September 1963.
-
Bagi sabah dan Sarawak draf
Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dilampirkan dalam Jadula Perjanjian
Malaysia dan perlembagaan itu kemudiannya telah diisytiharkan sebagai
perlembagaan Negeri Sabah dan Sarawak.
Menilai kepentingan unsur-unsur
tradisi dalam konteks hubungan etnik hari ini.
Pada
masa kini, unsur-unsur tradisi yang dikekalkan itu amatlah memainkan peranan
yang sangat penting bagi memastikan kesejahteraan bangsa terutamanya bagi kaum
Melayu. Pada masa kini, pelbagai masalah perpaduan yang telah berlaku dan
banyak menggoncangkan perpaduan antara pelbagai kaum di Negara kita. Seperti
yang kita ketahui, peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah merupakan salah satu
peristiwa yang telah menggoncangkan perpaduan yang telah dibina semenjak zaman
penjajahan lagi. Namun, apa yang telah berlaku membuktikan kepada kita bahawa
tempoh masa itu bukanlah sesuatu jaminan kepada rakyat Negara kita bahawa tidak
akan berlaku lagi rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Daripada
ketiga-tiga unsur yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu agama, bahasa dan
juga hak istimewa, saya berpendapat bahawa bahasa adalah merupakan satu eleman
yang sangat penting untuk memastikan hubungan antara kaum di negara kita ini
semakin erat dan kukuh. Ini kerana daripada bahasa Melayu itu semua kaum di
Negara ini boleh bergabung dan menggunakan satu bahasa yang sama. Ini dapat
meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita. Seterusnya,
apabila kanak-kanak yang berbangsa Cina dan India diberi didikan yang sama
sewaktu di sekolah rendah iaitu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar sewaktu di sekolah, ini akan dapat meningkatkan kefahaman dalam
kalangan murid itu sendiri.
Apabila
murid-murid ini sudah dewasa, mereka akan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa
pengantar utama dan juga seperti yang kita ketahui bahasa Melayu merupakan
bahasa rasmi di Negara ini dan kaum-kaum lain akan menguasai bahasa Melayu demi
memperlihatkan kesetiaan kepada Negara kita Malaysia. Dengan ini, setiap kaum
akan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu dan semestinya dalam
tidak kita sedari, perpaduan akan semakin meningkat.
ANALISIS DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN(PIPP) DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK.
Kerangka Pelan Induk
PembangunanPendidikan 2006-2010
Melalui teras pelan induk
pembangunan pendidikan yang pertama iaitu membina negara bangsa, kita dapat
melihat dengan jelas bahawa teras ini dilaksanakan dan mempunyai satu dasar
yang sangat penting iaitu untuk mengukuhkan lagi perpaduan serta membina
identiti nasional dalam kalangan pelajar di sekolah.
Selain
itu, bagi teras memperkasa sekolah kebangsaan pula adalah merupakan satu kaedah
yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan pelajar-pelajar daripada
pelbagai kaum memilih untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah
kebangsaan. Melalui teras ini, ia akan dapat meningkatkan dan juga mengukuhkan
lagi perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan memastikan semua
sekolah mempunyai kesamarataan dalam apa juga program dan beroperasi secara
berkesan untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan murid-murid.
No comments:
Post a Comment